
Ketagihan Stimulan
Ketagihan Methamphetamine/Syabu
Ketagihan methamphetamine kini semakin meningkat terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Methamphetamine adalah perangsang sistem saraf pusat yang kuat dan “withdrawal-nya” adalah rumit. Penggunaan dadah ini mempengaruhi fungsi otak, mengganggu pelepasan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin. Dadah ini memberi perasaan euforia, berkuasa dan digunakan untuk meningkat rasa seks. Sebaik sahaja dadah itu hilang kesan, individu tersebut akan merasa sengsara, murung, tidak bertenaga, panik dan rindu kepada dadah dan lain-lain.
Untuk mengelakkan gejala tarikan, pengguna methamphetamine akan mengguna lebih banyak dan boleh menyebabkan overdos, paranoia dan halusinasisi. Selepas menggunakan banyak syabu, pengguna akan tidur selama beberapa hari dan kitaran kemudian akan berulang dengan peningkatan dos syabu.

Dapatkan Pertolongan Sekarang!
*Panggilan anda ialah percuma dan sulit.