Klinik Kasih

Drug Rehabilitation Clinic

Apa itu ketagihan ketum?

Kratom (Ketum) berasal dari pokok mitrugyna speciosa dan mengandungi alkaloid yang bertindak seperti morfin. Kratom adalah haram di Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Eropah, Amerika dan kebanyakan negara lain.

Kratom mengandungi mitragynine dan 7-2 hydroxymitragynine yang berinteraksi dengan reseptor di otak (reseptor yang sama seperti opioid). Diambil secara kecil-kecilan, ia memberi tenaga dan menambah pergaulan sosial, namun pada dos yang tinggi ia menghasilkan penenang, keseronokan dan analgesia.

“Withdrawal” dari kratum adalah sama seperti withdrawal opioid, menyebabkan sakit otot, berpeluh, insomnia, resah, cirit-birit dan lain-lain. 

Di bahagian utara Malaysia, pengguna akan campur dengan ubat batuk, minuman ringan (cola-cola, sprite) yang akan memburukkan ketagihan. Ada juga yang bercampur dengan semburan nyamuk untuk meningkatkan khayalan mereka.

Ketagihan Kratom boleh dirawat dengan

  • Protokol detoks
  • Ubat tahan sakit detoks
  • Suboxone Detoks

Dapatkan Pertolongan Sekarang!

*Panggilan anda ialah percuma dan sulit.

Scroll to Top